: 019-6032721

Tentang Kami

Dunia Iman Enterprise adalah syarikat milik Bumitera 100% yang didaftarkan secara rasmi pada 2 Disember 2010, dan mula beroperasi pada 3 Disember 2010., dengan nombor pendaftaran 001999303-T. Dunia Iman Enterprise bermula dengan pengedaran buku, majalah, poster, CD, dan DVD. Dunia Iman membuat pengedaran di Semenanjung Malaysia. 


Pada tahun 2013, Dunia Iman mula membuka kedai buku sendiri di Bandar Utama, Batang Kali. Kedai ini terletak berhampiran Econsave, sederet Marrybrown. Menjual pelbagai genre buku daripada penerbit-penerbit buku yang terkenal di Malaysia, antaranya Karangkraf, Hidayah, PTS, Inteam, Mustread, dan lain-lain penerbit lagi. Selain itu, Kedai Dunia Iman juga turut menjual kitab-kitab dan buku-buku genre agama khususnya daripada penerbit-penerbit besar dari Indonesia.


Terdapat juga Al-Quran pelbagai jenis dan saiz termasuk Al-Quran terjemahan dari penerbit Malaysia dan Indonesia. Selain buku, CD dan DVD Islamik khususnya, daripada pelbagai penerbit termasuk Inteam turut dijual di sini. Di samping itu, kedai ini juga menjual jubah lelaki, songkok, kopiah, sejadah, telekung, stokin, sarung tangan perempuan, dan minyak wangi. Selain itu makanan sunnah seperti madu, kismis, kurma, air zamzam turut dijual di kedai ini. 


Kedai Dunia Iman juga turut menjual ubat-ubatan sepeti minyak panas, minyak dhob, losyen mustajab, makanan tambahan untuk kesihatan lelaki, wanita dan kanak-kanak. Barangan lain yang turut dijual adalah stiker kenderaan dan alat tulis. Dunia Iman juga mula terlibat dalam dunia penerbitan, dengan menerbitkan buku pertama bertajuk 26 Langkah Istimewa untuk Permata Hati dan buku kedua yang bertajuk Keluarga Menuju Syurga. Kini Dunia Iman sudah menerbitkan 3 buah buku kanak-kanak berbentuk cerita berilustrasi dalam satu siri, iaitu Siri Kembara Kuku. 

----------------------------------------------------------------------------------------

HUBUNGI KAMI

  • Encik Nizam: 0196032721
  • Encik Shahrul: 017-8469084
  • Cik Syazwani: 014-7259477


MISI & VISI


Menjalankan perniagaan dengan menjual barangan-barangan untuk keperluan masyarakat bagi menyempurnakan tanggungjawab fardu kifayah sebagai khalifah.


Untuk Sebarang Pertanyaan, Hubungi :

  • En.Nizam : 019-6032721
  • En.Shahrul : 017-8469084